Pekerja Neelofa Dedah Sikap SEBENAR Neelofa
"Keluarga dia memang luar lain, dalam lain.Sangat DUA muka. Mulut dorang dengan perangai SOMBONG & BONGKAK tu memang dah...."
Sejak mula memperkenalkan bisnes tudung dengan jenama Naelofar Hijab, pelakon serta pengacara Neelofa boleh dikatakan agak berjaya dalam bidang tersebut selepas mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.
Walaubagaimanapun, sejak dua menjak ini Neelofa nampaknya menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan berkaitan Naelofar Hijab. Jika sebelum ini Naelofar Hijab dikatakan menciplak rekaan tudung jenama lain, kali ini Neelofa didakwa telah menganiaya stokis beliau.
Menerusi Instagram Miss Kepoh ada individu yang mendakwa khidmat beliau sebagai salah seorang stokis Naelofar Hijab telah ditamatkan tanpa sebarang perbincangan. Malah, individu itu juga mendakwa wang deposit yang sudah dibayar untuk menjadi stokis juga tidak dipulangkan oleh pihak Neelofa.
Selain itu, beliau juga mengadu pihak pengurusan Naelofar Hijab dengan sesuka hati boleh memecat pekerja dan menurukan gaji mereka tanpa notis.
Sumber;http://syokviral.blogspot.my/
0 comments:
Post a Comment