Selepas membuat pembayaran di kaunter, ada seorang lelaki berusia lingkungan 20’an berdiri di sebelah kereta saya dan ready nak tolong isi minyak. Tapi saya tak rasa yang dia adalah pekerja stesen Shell. Pertama, sebab saya tak pernah nampak dia. Kedua, dia tidak memakai sebarang uniform kakitangan Shell.
Saya masuk dalam kereta since dia dah buka penutup tangki minyak dan ready nak isi minyak. Saya pun lock pintu kereta. Tiba-tiba lelaki itu kata minyak tidak keluar. Terpaksa saya keluar balik dari kereta. Bila saya pergi pada dia, soalan pertama yang dia tanya ialah,
“Eh cik mengandung ke? Berapa bulan? Anak ke berapa?”
Saya cuma menjawab kandungan berusia tujuh bulan dan check kenapa minyak tak keluar.
Apabila dia menekan sekali lagi, barulah meter pam bergerak. Saya cepat-cepat masuk semula ke dalam kereta dan lock pintu sekali lagi, sambil mata memandang ke arah pam.
Bila dah berhenti, lelaki itu masih tidak meletakkan nozzle itu kembali ke tempat asal. Dia suruh saya buka tingkap kereta, katanya ada masalah. Saya cepat-cepat menurunkan tingkap kereta sikit dan kata memang saya isi minyak 20 liter sahaja.
“Dah cukup, saya memang isi 20 liter sahaja,”
Mendengar jawapan saya, barulah dia meletakkan nozzle kembali ke tempat asal. Saya naikkan tingkap, angkat tangan sebagai tanda mengucapkan terima kasih dan memandu keluar dari stesen Shell itu.
Semasa saya nak keluar, barulah saya perasan bahawa lelaki itu adalah pemilik kereta Proton Inspira di sebelah saya. Rupanya dia tak isi minyak pun. Saya nampak dia hidupkan enjin dan mengekori saya. Saya cuba bertenang, pandu kereta seperti biasa. Bila sampai di Balai Polis Pedas, saya cepat-cepat masuk tanpa signal dan dia pun terlajak. Saya tunggu dalam balai selama 10 minit. Bila rasa keadaan sudah selamat, barulah saya keluar dari balai berkenaan.
Apa yang saya musykil ialah:
1. Mengapa dia beria-ria nak menolong saya mengisi minyak? Kalau kata nak mengurat, memang butalah kot? Terang-terang saya memakai baju mengandung. Di kereta siap ada tampal pelekat “Baby on board” dan mustahil dia tidak nampak carseat anak-anak saya yang penuh dalam kereta.
2. Kenapa dia parking di pam minyak kalau tak isi minyak? Sebab pam yang dia parking tak boleh bayar guna kad, mesti guna cash.
3. Apa motif dia keluar pam minyak sama masa dengan saya sedangkan masa sampai sama-sama tetapi dia tidak isi minyak, tapi rajin pula tolong isikan minyak saya. Lepas itu bila saya blah, dia pun blah. Tak ke pelik?
Apa-apa pun niat dia, kalau baik, alhamdulillah. Tetapi disebabkan banyak sangat kes ragut, rompak, bunuh dan sebagainya sekarang ini. Memang saya agak paranoidlah kan. Tambah-tambah lagi bila lelaki yang tidak dikenali berminat sangat pula nak tahu kita mengandung berapa bulan bagai. Pelik saya rasa. – Dr Siti via THEHYEPMEDIA.
0 comments:
Post a Comment